PEMINDAHAN URUSAN LESEN EKSPORT KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS BERMULA 1 FEBRUARI 2026
Bermula 1 Februari 2026, semua urusan berkaitan lesen eksport akan diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Mineral dan Geosains. Sehubungan itu, bagi semua permohonan yang diluluskan selepas 1 Februari 2026, pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk berhubung terus dengan Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Maklumat perhubungan adalah seperti berikut:
Ketua Pengarah
Jabatan Mineral dan Geosains
Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains
Aras 9, Menara PjH, No. 2, Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA
No Tel: 03 - 88716000 (AM) Samb: 415/ 405/ 409
Emel: ebgmpermit@jmg.gov.my
Bagi mana-mana permohonan yang diluluskan sebelum 1 Februari 2026, pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan masih perlu hadir ke pejabat Bahagian Mineral dan Geosains, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk mengambil lesen eksport yang telah diluluskan.
Kerjasama dan bantuan pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.