Sistem eBMGPermit
Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
Panduan Pendaftaran Pertama Kali
Pendahuluan
Permohonan kelulusan permit eksport mineral dan bahan batuan hendaklah melalui sistem eBMGPermit, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan pendaftaran terlebih dahulu di JMG bagi mewujudkan akaun pengguna.
Cara-Cara Permohonan Pendaftaran eBMGPermit
1. Dokumen-dokumen yang diperlukan setiap permohonan hendaklah mengandungi dokumen-dokumen sokongan berikut:
A. Bagi pemohonan daripada Syarikat Sendirian Berhad
BIL. DOKUMEN SALINAN
1. Surat Permohonan Salinan dan softcopy
2. Profil Syarikat Salinan dan softcopy
3. Salinan Borang 9 SSM Salinan dan softcopy
4. Salinan Borang 24 / Seksyen 51 & 78 SSM Salinan dan softcopy
5. Salinan Borang 49 / Seksyen 58 SSM Salinan dan softcopy
6. Salinan Memorandom & Article of Association (M&A) SSM Salinan dan softcopy
*Setiap dokumen perlu disahkan oleh Setiausaha Syarikat
B. Bagi permohonan Syarikat Milikan Tunggal
BIL. DOKUMEN SALINAN
1. Surat Permohonan Salinan dan softcopy
2. Profil Syarikat Salinan dan softcopy
3. Salinan Kad Pengenalan Pengarah Syarikat Salinan dan softcopy
4. Salinan Borang 9 SSM Salinan dan softcopy
*Setiap dokumen perlu disahkan oleh Setiausaha Syarikat
2. Penghantaran borang pendaftaran eBMGPermit
Semua dokumen permohonan yang dinyatakan di atas hendaklah dibawa bersama (salinan asal dan salinan softcopy dalam format .pdf) semasa pendaftaran dan dikemukakan kepada :
JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS (JMG)
IBU PEJABAT JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS
ARAS 9, MENARA PJH, NO. 2, JALAN TUN ABDUL RAZAK
PRESINT 2, 62100 PUTRAJAYA
3. Cara-cara log masuk sistem eBMGPermit
Setelah pendaftaran eBMGPermit disahkan, ID Pengguna dan Katalaluan akan dihantar melalui emel. Pemohon perlu memasukkan ID Pengguna dan Katalaluan untuk log masuk ke sistem eBMGPermit. Pemohon digalakkan untuk menukar kata laluan.
4. Cara-cara mengemaskini profil dan maklumat syarikat
Sebarang pengemaskinian profil dan maklumat syarikat hendaklah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
Bahasa : Malay | English