Pertanyaan Sila Hubungi
Telefon: 03-8091 7265/ 7260/ 7269/ 7263/ 7272

PENTING!!

Makluman Kepada Semua Pemohon.

1. Bermula 26 Februari 2024, sebarang urusan penghantaran dokumen dan kelulusan Lesen Eksport (AP) hendaklah dilakukan di pejabat baharu Bahagian Mineral dan Geosains, NRES seperti di alamat berikut:-

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Bahagian Mineral & Geosains
Aras 3, Blok F11, Parcel F
Lebuh Perdana Timur Presint 1
62000 Putrajaya.
2. Syarikat hendaklah mengambil lesen eksport (AP) yang telah diluluskan di Bahagian Mineral NRECC dalam masa 14 hari bekerja bermula dari tarikh lesen eksport (AP) diluluskan.
3. Bagi bahan mineral yang telah diluluskan untuk dieksport, syarikat hendaklah melaksanakan analisis keaktifan bahan mineral dengan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) bagi menentukan samada pengendaliannya tertakluk kepada Perintah Perlesenan Tenaga Atom (Pengecualian)(Bahan Radioaktif Keaktifan Rendah) 2002, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.
4. Setiap permohonan lesen eksport yang dikemukakan adalah untuk satu jenis bahan sahaja (1 permohonan bagi 1 HS Code). Pemohon yang mengemukakan pelbagai bahan atau pelbagai HS Code di dalam satu permohonan tidak akan dipertimbangkan.
5. Permohonan Lesen Eksport(AP) bagi sumber mineral dan batuan dari Negeri Perak perlu mendapatkan pengesahan kebenaran pengeksportan daripada Pihak Berkuasa Negeri (Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak).
6. Syarikat pengeskport yang ingin mengeksport Mineral dan Bahan Batuan perlu memastikan maklumat eksport tidak melebihi 100,000.00 MT dan hanya terhad kepada 1 jenis Bahan Mineral (HS Code) sahaja di dalam setiap permohonan melalui Borang K2.
7. Perintah Duti Kastam 2022 berkuatkuasa 1 Jun 2022 akan terpakai bagi negara Asean dan antarabangsa dengan HS Code yang telah dikemaskini seperti dalam Perintah Duti Kastam 2022 untuk rujukan semua pelanggan dan syarikat yang memohon Lesen Eksport K2 melalui sistem eBMGPermit.

PERHATIAN!

MAKLUMAN GANGGUAN CAPAIAN KEPADA SISTEM eBMGPERMIT : Sistem eBMGPermit akan mengalami gangguan capaian luar jangka (intermittent) berikutan Aktiviti Simulasi Pemulihan Bencana pada 14 Disember 2023 | Khamis ( 9.00 pagi - 5.00 petang) . Segala kesulitan sepanjang tempoh masa ini amatlah dikesali.